m

videokeman mp3

Tuesday, 28 June 2011

APaBila MALAS MEnguasAi DIRi......




BAiklah  topik hangitt tapi bukan hangat ak ari  nie adalah  adalah berkaitan sifat MALAS yang sering berlaku dalam kehidupan kita nihh(tapii skrng ak cter pasal ak  lerr der.hehe).Ok menurut Floyd Dell malas ialah bukan bererti tidak buat apa-apa,tapi merasa bebas tidak berbuat sesuatu*paham2 ja lah kan....sekarang nie ak malas toi lah nak stdy.weee


                                    




                                                          YEAH!AJA2 FIGHTING

Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?

Biasa kalau stdy kan. ak mesti ngantuk,n asal ngantuk mesti study? haha.nampak sgt kan ..malas toii ak nie.ish3 so ak pon dgn semangatnya seacrh tip2 yg boley membangkit semangat ak tuk blaja and mana tau korang pon perlu jugak.okay  jom layan~ :)

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak study  ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.
Selamat berjaya -->insyallah ak pon tgh usahakan..:)





Ok kat sini ak ada selitkan doa nak hindari malas mana tau kot2 korang perlukan jugak. :)

DOA MENGHINDARI DARI SIFAT MALAS









                   Harap Suatu Hari Nanti aku pon boleh wat Video macam nie..:')



akhir kata:
Hidup ini sebenar-nya memerlukan pengorbananan. Manakala,Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. dan Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.so kesimpulan-nya?buatlah yang terbaik untuk diri kita  kerna pilihan di tangan kita ;) ok assalammualaikum~


1 comment:

JaLi AsHBuRN said...

TQ, . . . memang tengah malas ni,. . . . . :)